Majlis Amanat Pengetua Cempaka dan Aspirasi TNC 2023

Reported by Husna Juliani

Image
Majlis Amanat Pengetua Cempaka dan Aspirasi Timbalan Naib Canselor di Dewan Banquet

KOTA SAMARAHAN – 9 Okt: Tirai bagi semester baru dibuka dengan berlangsungnya Majlis Amanat Pengetua Cempaka dan Aspirasi Timbalan Naib Canselor sekali gus meraikan kehadiran pelajar baru sesi 2023/2024. Malam tersebut dimulakan dengan iringan masuk Pengetua Kolej Cempaka, Encik Mohd Hafizan bin Hashim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Cik Hajah Azeemah Bte Ahmad serta Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Madya Dr. Faizal Ali bin Anwarali Khan. 

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh unit Media Cempaka Revolution (MeKaR) yang menunjukkan warna-warni kehidupan di Kolej Cempaka sepanjang tahun 2022 dan 2023. Malam tersebut diteruskan lagi dengan penyampaian amanat oleh Pengetua Kolej Cempaka, beliau menyatakan bahawa beliau ingin menyediakan suasana yang kondusif bagi pelajar dan ingin melahirkan insan yang berkualiti tinggi. 
Sekitar jam 9:30 malam, majlis diteruskan dengan persembahan koir yang merupakan persembahan beberapa gabungan lagu. Dijemput juga Cik Hajah Azeemah untuk menyampaikan pesanan beliau. Beliau berpesan kepada seluruh warga Cempaka untuk bersama-sama menjaga nama baik Kolej Cempaka dan beliau juga memuji prestasi yang telah berjaya Kolej Cempaka kekalkan selama bertahun-tahun. 
Image
Pengetua Cempaka, Encik Mohd Hafizan, menyampaikan hasrat beliau bagi pelajar Cempaka.

Akhirnya masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba, iaitu gimik perasmian yang dilakukan oleh Cik Hajah Azeemah yang menaikkan lagi semangat para pelajar. Majlis diteruskan dengan perarakan masuk barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka yang diketuai oleh saudara Muhammad Syukri yang telah mengambil peluang tersebut untuk memperkenalkan barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka bersama tanggungjawab yang disandang oleh mereka.

Kumpulan CREATIST telah mempersembahkan sebuah tarian yang merupakan gabungan antara tarian Zapin dan Inang. Tarian tersebut menerapkan keayuan dalam tarian serta kegagahan para jejaka dalam melirik gadis jelita. Malam tesebut ditamatkan dengan bacaan doa agar memohon keberkatan terhadap seluruh warga Cempaka.