Reported by MeKaR Broadcasting Crew

Warga Kolej Cempaka berbuka puasa di dataran "healing" untuk berbuka puasa
KOTA SAMARAHAN - 11 Apr: #IftarTikarCempaka merupakan salah satu inisiatif rahmah Kolej Cempaka yang dijalankan sewaktu sungkey (berbuka puasa dalam dialek Sarawak) sepanjang bulan Ramadhan.
Rata-rata pelajar berkumpul bersama juadah masing-masing dan berbuka puasa sambil menikmati pemandangan langit UNIMAS yang indah.
Secara purata, Iftar Tikar Cempaka akan mendapat sambutan sehingga memenuhi 4 hampir keseluruhan ruang tempat healing yang terletak di hadapan Kaunter Khidmat Pelajar Kolej Cempaka yang menghadap tasik UNIMAS dan Student Pavilion.
Selain itu, inisiatif lain yang dijalankan sepanjang bulan puasa ini ialah dengan pembukaan Ramadhan Night Stall di mana pelajar boleh membeli juadah berbuka seperti Nasi Kerabu, Nasi Abe dan Nasi Hujan Panas.
