CEMPAKA RESIDENTIAL COLLEGE

Vision & Mission

Vision And Mission
"Mendukung visi dan misi UNIMAS dengan mewujudkan persekitaran penginapan yang kondusif, selamat dan mesra bagi seluruh warga universiti untuk menimba ilmu dengan cemerlang, menjalani kehidupan kampus yang ceria sekaligus membentuk keperibadian dan sahsiah diri yang unggul."
Motto Kolej Cempaka
"Cemerlang dan Ceria"
LAGU KOLEJ
Dari jauh megah berdiri
Tersergam indah teguh jauhari
Namamu disebut di bibir meniti
Di setiap pelusuk ruang universiti
Warganya santun ramah dan mesra
Sedia berbakti dan sentiasa bersedia
Cemerlang dan ceria itulah Cempaka
Menjadi lambang kebanggaan bersama
Kolej Cempaka seharum namamu
Berintegriti, bersatu dan berilmu
Kami setia bersamamu
Kolej Cempaka... gemilang di mercu
UNIMAS
Lagu dan Lirik : Mohd Zul Zamri Bin Hashim