CEMPAKA RESIDENTIAL COLLEGE

Principal's Message

Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Cempaka Universiti Malaysia Sarawak! Sebagai Pengetua Kolej dan ketua kepada pengurusan kolej, kami sentiasa berusaha untuk menjadikan Kolej Cempaka sebagai kolej kediaman yang melahirkan graduan UNIMAS yang cemerlang dari segi akademik, bakat dan kemahiran yang pelbagai. Dari semasa ke semasa, kami sentiasa menyediakan peluang sebanyak mungkin kepada warga kolej untuk menyertai pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan dalam bentuk sukan dan riadah, kepimpinan. akademik dan spiritual. Laman web rasmi Kolej Cempaka ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat mengenai Kolej Cempaka seperti kemudahan dan aktiviti yang telah dijalankan. Kami berharap pengunjung laman web ini akan mendapat informasi yang berguna untuk mengenali Kolej Cempaka dengan lebih dekat lagi. Salam Hormat

"Cemerlang dan Ceria"




Bakri Abd Karim
Principal
Kolej Cempaka